Berasaskan semulajadi bukan bermaksud tanpa campuran bahan kimia. Tapi 95% kandungan menggunakan bahan dari sumber semulajadi. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan semulajadi?

Bahan semulajadi 

  1. Ditanam, dituai, dibesarkan dan diproses dengan cara ekologi.
  2. Tidak dihasilkan secara sintetik.
  3. Bebas daripada semua petrokimia.
  4. Tidak diekstrak atau diproses menggunakan petrokimia.
  5. Tidak diekstrak atau diproses menggunakan apa-apa selain bahan semulajadi sebagai pelarut.
  6. Tidak mengandungi GMO (genetically modified organisms).

Ada beza antara bahan semulajadi, dengan berasaskan bahan semulajadi. Berasaskan bahan semulajadi, bermaksud menggunakan kandungan bahan semulajadi seperti:

  • Sumber dari tumbuhan, dari haiwan dan mineral.
  • Dihasilkan oleh alam semulajadi.
  • Dihasilkan menggunakan fizikal pemprosesan yang minima.
  • Diekstrak menggunakan kaedah mudah, tindakbalas kimia mudah atau akibat proses biologi yang terjadi secara semulajadi.

DERMAGS menggunakan lebih 95% kandungan bahan semulajadi termasuklah bahan aktif hasil kajian PhD Dr Mariani di Korea. Bahan aktif yang dikaji, diekstrak daripada kulit manggis dan tidak terdapat dalam mana-mana produk selain daripada DERMAGS.

Kurang dari 5% sahaja kandungan bahan kimia selamat yang digunakan dalam produk DERMAGS. Bahan kimia ini digunakan untuk memberi fungsi yang lebih baik tanpa memberi kesan yang buruk kepada kulit. Sebab tu lah kesan yang akan diperolehi apabila menggunakan DERMAGS bukan dalam masa yang singkat. DERMAGS tidak menggunakan bahan kimia bahaya yang memberi kesan segera.

DERMAGS hanya menggunakan bahan semulajadi yang merawat mengikut fisiologi kulit tanpa merosakkan kulit. Ianya proses yang lama dan perlukan kesabaran yang tinggi.

Sebagai anak jati Malaysia yang beragama Islam, pengasas DERMAGS, Dr Mariani sangat mementingkan halal sesuatu produk termasuklah produk DERMAGS.

Halal penting untuk keberkatan dan sangat penting untuk ibadat kita diterima oleh Allah.

Menurut ulama’, halal atau tidak sesuatu produk tu bergantung pada 2 faktor.

  1. Zat yang terdapat dalam produk itu sendiri dan haruslah tidak tergolong dalam perkara yang diharamkan oleh syarak.
  2. Cara pemerolehan produk tersebut. Walaupun zat sesuatu produk tu halal, namun jika diperoleh dengan cara yang salah seperti penipuan dan sebagainya, maka produk tersebut tetap haram di sisi syarak.

Produk kecantikan yang diistiharkan halal haruslah mempunyai ciri-ciri berikut.

  • Tidak mendatangkan mudarat pada akal dan badan.
  • Bebas daripada najis.
  • Bukan diperolehi daripada sumber anjing dan babi.
  • Walaupun binatang tu halal, penyembelihan mestilah mengikut syarak.
  • Diperolehi daripada sumber yang diharuskan.

Dr Mariani sangat menitik beratkan halal dalam setiap produk DERMAGS. Sebab tu lah kandungan bahan dalam produk DERMAGS mematuhi ciri-ciri halal.

  1. Tiada kandungan yang mendatangkan mudarat pada akal dan badan dalam produk DERMAGS.
  2. Produk DERMAGS bebas daripada najis.
  3. Kandungan dalam produk DERMAGS tidak diperolehi daripada sumber anjing dan babi.
  4. Bahan-bahan dalam produk DERMAGS diambil daripada sumber tumbuhan. Tiada keraguan sama ada bahan diambil dari bangkai binatang dan sebagainya.
  5. Semestinya, Dr Mariani menggunakan bahan yang diperoleh daripada sumber yang diharuskan.

Dr Mariani, pengasas yang telah mengkaji tentang kulit manggis, dan sekarang bertugas sebagai pensyarah di UTM, juga sebagai Ketua Penyelidik Kosmeseutikal dan Wangian Di Institut Pembangunan Bioproduk UTM, adalah orang yang sangat layak untuk memberi nasihat tentang kulit dan produk skincare.

Beliau adalah anak tempatan yang terdidik dengan agama Islam sejak kecil. Halal sudah menjadi keutamaan dalam setiap produk yang dikeluarkan. Tiada keraguan tentang halal dalam produk DERMAGS. InsyaAllah!

Berasaskan bahan semulajadi dan halal, tapi adakah produk DERMAGS selamat digunakan?

Sebenarnya, produk DERMAGS mematuhi ciri halal yang pertama iaitu tidak mendatangkan mudarat pada akal dan badan. Dengan mematuhi ciri halal ini, produk DERMAGS sudah tentu selamat dan tidak berbahaya kepada pengguna.

Dalam konteks kosmetik dan skincare, ada beberapa bahan kimia yang bahaya yang boleh merosakkan kulit. Perlu jelas yang semua bahan ni tidak terdapat dalam semua produk DERMAGS.

Antara bahan kimia bahaya yang tak patut ada dalam produk kosmetik dan skincare adalah:

Hydroquinone

Bahan ini bertindak untuk menyekat pengeluaran melanin dan kulit akan menjadi semakin cerah. Tapi dalam masa sama, lapisan kulit muka akan menipis. Akibatnya, fungsi perlindungan kulit daripada sinaran UV akan terganggu dan terjejas. Kulit muka akan menjadi kemerahan dan akan rasa pedih seperti terbakar.

Tretinoin

Bahan ini biasa digunakan oleh doktor untuk merawat jerawat. Tretinoin juga menghakis lapisan kulit sedikit demi sedikit. Kulit akan menggelupas, kering, merah, pedih dan gatal-gatal. Kulit muka juga akan sensitif dengan cahaya matahari.

Merkuri

Merkuri memang menjadikan kulit nampak cantik dan mulus. Tapi lama-kelamaan merkuri akan mendap di bawah kulit. Akibatnya kulit akan jadi biru kehitaman dan lebih menakutkan, ia boleh menyebabkan kanser.

Asid azelaik

Asid azelaik digunakan untuk merawat masalah jerawat dan rosacea iaitu keadaan kronik di mana muka menjadi merah di kawasan dahi, hidung dan pipi. Produk yang mengandungi bahan ini hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan asid azelaik tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu rasa terbakar, pedih dan kemerahan.

Betamethasone

Betamethasone boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, kesan rekahan, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk meresap dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa mudarat.

DERMAGS tidak mengandungi semua bahan kimia bahaya yang telah diharamkan oleh KKM. DERMAGS menggunakan bahan berasaskan semulajadi yang pastinya selamat untuk digunakan. Bukan itu sahaja. Bahan berbahaya yang harus dielakkan seperti paraben juga tidak ada dalam sebarang produk DERMAGS.

Paraben digunakan sebagai pengawet dalam produk penjagaan diri, makanan dan juga ubatan. Pengilang menggunakan paraben kerana ianya murah dan berkesan untuk panjangkan hayat sesuatu produk.

Kesan paraben ini boleh menyebabkan gangguan hormon, kanser, kemerahan pada kulit dan boleh menyebabkan gangguan perkembangan janin bagi perempuan mengandung. 

DERMAGS menggunakan bahan berasaskan semulajadi, mematuhi ciri-ciri produk yang halal, dan semestinya produk yang selamat digunakan tanpa bahan kimia bahaya.

NAK CANTIK SEPANJANG HAYAT?

Pilihlah produk berasaskan bahan semulajadi, halal dan selamat.

PILIHLAH DERMAGS!