Lebih daripada 10 konsultan terlatih akan membantu anda. Mereka terlatih dan berpengalaman. Lebih penting lagi, mereka dibantu secara terus oleh Dr Mariani Abdul Hamid yang merupakan pakar dalam permasalahan kulit wajah.

Bukan setakat itu, seorang leader yang membantu konsultan lain, telah menjalani kursus bersama Dr Mariani selama 2 hari di UTM Skudai.

Pernah tak anda beli produk skincare di farmasi atau di mana-mana kedai? Ada tak anda tanya cara guna? Atau tanya tentang masalah yang anda hadapi?

Anda hanya beli dan pulang. Sampai di rumah, bila nak guna, anda tak tahu atau tak pasti nak guna yang mana dulu. Anda ada banyak persoalan tapi nak tanya siapa?

Sama juga bila beli secara online yang tiada konsultan. Lebih teruk, anda tak tahu pun pasal kulit wajah sendiri. Anda tak tahu pun anda jenis kulit berminyak atau kulit kering. Anda tak faham tentang kitaran kulit. Anda tak tahu tentang lapisan kulit.

Kulit kita ada 3 bahagian. Epidermis, dermis dan hypodermis. Epidermis adalah bahagian kulit yang paling luar. Bahagian epidermis pula terbahagi kepada 5 lapisan. Lapisan paling dalam adalah lapisan basal. Lapisan paling luar, yang anda boleh sentuh tu, adalah lapisan korneum.

Sel-sel baru dihasilkan setiap hari di lapisan basal. Kemudian sel-sel ini akan bergerak merentasi setiap lapisan. Sel akan menjadi sel mati apabila sampai ke lapisan paling luar. Sel mati ini kemudiannya akan disingkirkan.

Inilah kitaran kulit yang perlu diketahui supaya anda faham tentang kulit sendiri. Ini hanyalah sedikit tentang kulit. Anda akan dibantu dengan lebih mendalam apabila berhubung dengan konsultan DERMAGS.

Paling penting, konsultan DERMAGS berpengalaman dan telah membantu ramai orang seperti anda yang mempunyai pelbagai masalah kulit wajah. Ada masalah jeragat, konsultan DERMAGS akan bantu untuk selesaikan. Adakah jeragat kerana faktor usia? Atau jeragat kerana tersalah guna produk yang ada bahan kimia bahaya?

Jika masalah biasa-biasa, cukup dengan pengalaman sedia ada daripada konsultan untuk bantu beri penjelasan bagi selesaikan masalah tersebut. Jika masalah agak serius, konsultan DERMAGS akan berhubung terus dengan Dr Mariani untuk bertanya tentang masalah tersebut.

Dr Mariani akan membantu memberi nasihat yang sesuai bagi menyelesaikan masalah yang serius.

Untuk pengetahuan, jeragat yang terjadi kerana faktor genetik, tidak dapat dibantu untuk dipulihkan dengan DERMAGS. Sebab tu lah konsultan akan tanya dulu peringkat awal, jeragat dah lama atau masih baru. Kemudian konsultan juga akan tanya tentang produk sebelum ni.

Pertanyaan tu adalah kerana konsultan nak tahu tentang sejarah penggunaan skincare. Jika guna produk bahaya, tahulah jeragat terjadi sebab apa. Jeragat mungkin terjadi kerana kesan daripada penggunaan bahan kimia bahaya dalam produk skincare seperti merkuri dan hydroquinone.

Sebenarnya, bila anda ada masalah kulit wajah seperti jeragat, kat mana anda nak mengadu? Kat mana anda nak tanya untuk selesaikan masalah tersebut? Pernah tak terfikir yang anda sebenarnya perlukan bantuan daripada orang yang berpengetahuan dan berpengalaman?

Jangan biarkan masalah kulit wajah mengganggu anda. Konsultan DERMAGS memang telah terlatih dan mempunyai pengalaman dalam membantu mereka yang mempunyai masalah seperti anda.

Kenapa nak abaikan masalah yang muncul jika konsultan DERMAGS mampu membantu anda?

Apa saja masalah, jika tak tanya, macam mana anda nak tahu masalah tu boleh diselesaikan atau tidak? Mungkin masalah yang anda hadapi, pernah ditanya oleh orang lain dan konsultan DERMAGS dapat membantu anda.

Jika masalah yang dihadapi adalah masalah baru dan tidak pernah dibantu oleh konsultan, masih ada Dr Mariani yang akan membantu secara terus melalui konsultan. Konsultan akan bawa kes atau masalah anda, dan ajukan terus permasalahan tersebut kepada Dr Mariani. Dan paling istimewa, Dr Mariani akan bantu dan jawab sendiri dalam group khas.

Istimewa kan? Dr Mariani bukan biasa-biasa. Dr Mariani memang pakar pasal kulit wajah. Beliau buat kajian pasal sel kulit di Korea. Dan kajian Dr Mariani pasal ALPHA MAGS telah memenangi pelbagai anugerah sama ada dalam negara atau luar negara. Lebih istimewa, konsultan DERMAGS akan bantu anda dari awal hingga anda puas hati.

Ramai yang tak tahu, bila nak tukar produk skincare, kena ada tempoh bertenang dulu. Kebanyakan orang, selalu sangat tukar-tukar produk. Kejap pakai produk tu. Kejap pakai produk ni. Sedangkan kulit perlukan masa untuk sesuaikan dengan bahan aktif dalam sesuatu produk.

Bila nak bertukar produk kepada DERMAGS, konsultan akan cadangkan untuk buat tempoh bertenang dulu. Bagi kulit bertenang. Bagi kulit habiskan kitaran kulit secara semulajadi. Jangan bimbang. Tempoh bertenang bukan bermaksud tak pakai apa-apa.

Tempoh bertenang bermaksud, anda tak guna item yang mengaktifkan sel-sel kulit seperti serum. Anda masih lagi perlukan cleanser untuk bersihkan kulit wajah. Anda juga masih perlukan item yang ada SPF untuk beri perlindungan kepada kulit daripada sinar UV.

Semasa tempoh bertenang ni, kemungkinan akan ada bermacam masalah yang muncul. Kadang akan keluar jerawat halus. Kadang kulit akan jadi makin gelap.

Tanpa konsultan, kat mana anda nak luahkan dan ajukan soalan? Nanti akan ada macam-macam nasihat. Macam-macam suara yang akan cakap begitu begini. Sedangkan mereka semua tiada pengetahuan khusus tentang masalah tersebut.

Tapi bila anda berhubung dengan konsultan DERMAGS, bila-bila masa anda boleh tanya dan berhubung. Konsultan DERMAGS akan sentiasa membantu anda. Dah macam konsultan peribadi pun ada.

kadang anda perlukan sokongan. Contohnya, jika sebelum ni anda pengguna produk yang ada bahan bahaya,. Bertahun-tahun anda guna produk yang berbahaya ni. Wajah anda rosak dan makin teruk. Kemudian anda nak berubah. Nak guna produk yang selamat seperti DERMAGS.

Bila dah bertahun guna produk bahaya, memang akan ambil masa untuk pulih. Dalam keadaan ini, memang anda akan stress. Orang sekeliling akan tanya macam-macam. Malah yang mengeji pun mungkin ada. Asyik menyalahkan produk dan macam-macam lagi. Sedangkan mereka semua tak tahu situasi sebenar.

Tanpa konsultan, kat mana anda nak luahkan masalah anda? Kat mana anda nak dapatkan sokongan dan nasihat?

Tak ada orang yang memahami lebih daripada konsultan kami. Kami akan sentiasa support dan bagi sokongan. Kami akan bantu dan beri tip-tip yang akan membantu anda untuk hadapi tempoh “gelap” dalam proses pemulihan.

Bukan hanya seorang. Tapi ada lebih daripada 10 konsultan yang sudi dan bersedia untuk membantu anda. Jangan ragu dengan konsultan DERMAGS. Mereka terlatih dan berpengalaman. Lagipun, konsultan DERMAGS memang dibantu secara terus oleh Dr Mariani sendiri yang merupakan pakar dalam permasalahan kulit wajah.

Jangan abaikan kelebihan yang konsultan DERMAGS ada. Mereka ibarat “konsultan peribadi” anda. Boleh dihubungi sentiasa. Jika ada masalah pada wajah, atau perlukan tip-tip penjagaan wajah, hubungi konsultan DERMAGS dengan segera.